Welcome to ClickCandid! The Top Malaysia Digital Candid Photo. Do you love photos? Do you like photography? I do!. And I like candid too. Why candid? Candid, is real and pure photography. Just snap it! Now Malaysia watch out! Our ClickCandid crew is everywhere. Just ClickCandid! now.

  

Thursday, June 5, 2008

Hati-hati virus baru mengganas!!!

Dear all,

Be caution!!!New virus called "dirogol abang ipar" has been spread!!!

Please tell your friend not to open any email contains the message "di rogol abang ipar".

Until now, anti virus can't detect this virus.So...be careful.


-riezuan

Kenaikan harga minyak-Respon Menteri KDNHEP

...dipetik dari email sahabat UiTM yang prihatin...

Salam,

Ada beberapa perkara yang saya nak komen terhadap ulasan yang diberikan oleh Shahrir Samad Menteri KDNHEP yang mempertahankan tindakan kabinet yang menaikkan harga petrol dan diesel dalam Buletin Utama TV3 malam tadi:

Antara hujah beliau yang menyatakan bahawa 'RAKYAT TAK AKAN TERBEBAN DENGAN KENAIKKAN HARGA MINYAK INI' adalah:

1) Rakyat tak terbeban kerana subsidi telah dipulangkan dalam bentuk wang pos RM 150 setahun bg motor di bawah 250 cc dan RM 625 setahun bagi kereta bawah 2.0 cc. (Ingat yg boleh dapat hanya semasa renew roadtax kalo dah renew tahun ni kena la tunggu sampai tahun depan)

Komen:

Ok mari kita buat kiraan skit berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan.

i) Motor bawah 250cc:

Subsidi setahun : RM 150
Subsidi sebulan : RM 150/12= RM 12.5 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter

1 tank penuh petrol (EX5 class) lebih kurang bersamaan 4 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 3 hari (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 20 km-saya).

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 72 sebulan tolak RM 12.5 (subsidi)
= RM 59.50

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 51.20

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 59.50 - RM 51.20= RM 8.30 sebulan @ 16% sebulan.


ii) Kereta di bawah 2.0 cc

Subsidi setahun : RM 625
Subsidi sebulan : RM 625/12= RM 52.08 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter

1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 5 hari. (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 15km-isteri)

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 324 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)
= RM 271.92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 178.32

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM 41.52 sebulan @ 18% sebulan.

Pengiraan di atas hanya mengandaikan penggunaan petrol bulanan untuk pergi dan balik kerja sahaja.

Tetapi harus diingat semakin banyak kita gunakan petrol maka makin banyak lagilah jumlah kenaikkan yang akan kita rasai. Ini kerana semakin banyak kita gunakan petrol semakin banyak perbezaan kerana jumlah subsidi bulanan adalah tetap. Maknanya makin jauh tempat kerja seseorang, makin banyak liter petrol yang akan digunakan dan makin banyak lagilah peratus kanaikkan harga yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Contoh jika jarak rumah ke tempat kerja ialah 30km (ambil andaian menaiki Kancil 660 tadi) maka:

1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter. Oleh kerana jarak sudah meningkat 1 kali ganda maka 30 liter minyak tadi hanya boleh digunakan 2.5 hari sahaja

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*30 liter*20 hari / 2.5 hari
= RM 648 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)
= RM 595.92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*30 liter*20 hari / 2.5 hari
= RM 460.80

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM 135.12 sebulan @ 29% sebulan.


Sebenarnya yang untung atas penstrukturan semula subsidi ini adalah golongan penggunan yang dekat jarak rumahnya dengan tempat kerja atau golongan yang membuat perjalanan bagi jarak yang dekat.

Masalahnya bukan semua golongan yang berpendapatan rendah membuat perjalanan dekat khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar. Sebagai contoh di Klang, kebanyakkan pekerja-pekerja berpendapatan rendah yang berkerja di Klang tidak tinggal di Klang kerana tidak mampu menyewa rumah di Klang. Kebanyakan mereka tinggal kawasan kampung seperti Banting, Kuala selangor, Ijok dll. Jadi penstrukturan semula subsidi ini akan membebankan golongan ini.

2) Teori domino ( kenaikan harga barang lain disebabkan kenaikan harga petrol) tidak akan berlaku kerana baranga lain khususnya barangan asasi seprti tepung, gula, beras dah mendapat subsidi khusus untuk barang tersebut.

Komen:

Skrip lama diulang balik, dari Shafie Afdal dan menteri sebelumnya sampailah Shahrir Samad semua kata harga barang lain tak akan naik, tapi realitinya lepas tu SEMUA BARANG NAIK ATAS ALASAN KOS PENGHANTARAN MENINGKAT. Menteri Berdegar-degar kat dalam media kata KITA AKAN PANTAU...tapi last-last pemantauan ntah ke mana, tindakan ntah ke mana...yang sengsara rakyat marhaen sebab SEMUA BARANG NAIK HARGA.

3) Rakyat perlu bersama-sama membantu kerajaan bagi menghadapi kenaikkan harga minyak dunia.

Komen:

Dari dulu kini dan selamanya... rakyat kena berkorban demi negara sedangkan menteri-menteri yang buata keputusan tidak pernah ambil langkah untuk berkorban demi rakyat. Apa salahnya dalam menghadapi kenaikkan harga minyak ni para menteri buat keputusan bahawa elaun bagi wakil rakyat dipotong 20% ke, elaun wakil rakyat akan dikenakan cukai ke, tubuhkan satu tabung khas yang mana dananya diperolehi oleh potongan elaun wakil rakyat bagi menangani kenaikkan harga minyak ke dll lagi

Ini tidak hanya rakyat disusruh berkorban sedangkan menteri dan wakil rakyat khususnya BN dapat elaun itu, dapat elaun ini, kereta free, minyak free, makan free, minum free, claim san, claim sini, tak cukup dengan itu siap rembat lagi duit rakyat san dan sini. Macam mana diorang suruh kita berkorban sedangkan diorang selaku pemimpin tak menunjukkan yang diaorang nak berkorban sama.

4) Last sekali, ubah gaya hidup rakyat ( ni bukan Sharir Samad kata tapi orang FOMCA kata)

Nak ubah macam mana sebab semua barang naik, bukan barang kehendak je naik tapi barang asasi pun naik gak. Takkan la sampai nak makan ubi kayu balik je kot, pastu pakai baju dari kain guni??

Saya rasa la yang kena ubah gaya hidup ialah para menteri dan wakil rakyat khususnya BN, bukan rakyat marhaean biasa yang semakin lama semakin ditindas, semakin lama semakin lapar, semakin lama semakin merempat kat bumi sendiri ini.

Kesimpulan:

SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN KEPADA KITA RAKYAT MALAYSIA INI PARA PEMIMPIN YANG BERTAQWA DAN SELAYAKNYA UNTUK MENTADBIR NEGARA INI, DAN SEMOGA PEMIMPIN YANG ZALIM DAN KHIANAT DIHAPUSKAN DARIPADA NEGARA KITA INI

Kenapa Fotografi

Hobi orang ada macam-macam. Ada yang suke mancing, ada yang suka karaoke dan macam-macam lagi la...Aku pula suka fotografi. Asal ada benda yang menarik, pasti aku snap aje....kamera tu of course lah akan jadi teman setia aku. Memang gila-gila aku suka amik gambor. Walaupun aku tak de tertiary education pasal fotografi ni, tapi sedikit sebanyak tu tau la pasal teknik-teknik nak ambik gambar. Mana aku dapat semua ilmu tu....sudah tentu lah baca buku..baca dan baca...dan baca..dah juga berkongsi ilmu dengan orang-orang yang dah lama berkecimpung dalam dunia fotografi ni. Aku punya cita-cita, nak jelajah dunia...kalau boleh sampai ke antartika aku nak amik gambor. Majalah kegemaran aku adalah National Geographic. Pasai apa aku suka tgk magazine tu...sebab banyak photos yang memang menarik la...siap subsribe tu. Cantik lah cara shoot photo dalam magazine tu....heheh...you should have one. Dah berapa bijik kamera dah rosak....ada yang jatuh....ada yang dia punya memori card rosak...mmm..insyaAllah....kalau ada rezeki lebih aku nak "sambar" yang memang tak boleh rosak walaupun dibaling...:-) itu pun kalau ada duit lebiiihhhhh.....

Ok guys...petang-petang cam ni saje membebel benda-benda ringan....nak express my feeling aje...sebab ada org antor email tanya kenapa aku minat sgt dengan camera & fotografi ni....so..jumpa lagi...

Wednesday, June 4, 2008

History of Photography and the Camera

"Photography" is derived from the Greek words photos ("light") and graphein ("to draw") The word was first used by the scientist Sir John F.W. Herschel in 1839. It is a method of recording images by the action of light, or related radiation, on a sensitive material.

On a summer day in 1827, it took eight hours for Joseph Nicéphore Niépce to obtain the first fixed image. About the same time a fellow Frenchman, Louis Jacques Mandé Daguerre was experimenting to find a way to capture an image, but it would take another dozen years before he was able to reduce the exposure time to less than 30 minutes and keep the image from disappearing… ushering in the age of modern photography.

Louis-Jacques-Mandé Daguerre, inventor of the first practical process of photography, was born near Paris, France on November 18, 1789. A professional scene painter for the opera, Daguerre began experimenting with the effects of light upon translucent paintings in the 1820s. In 1829, he formed a partnership with Joseph Nicéphore Niépce to improve the process Niépce had developed to take the first permanent photograph in 1826-1827. Niépce died in 1833.

After several years of experimentation, Daguerre developed a more convenient and effective method of photography, naming it after himself -- the daguerreotype. In 1839, he and Niépce's son sold the rights for the daguerreotype to the French government and published a booklet describing the process.

The daguerreotype gained popularity quickly; by 1850, there were over seventy daguerreotype studios in New York City alone.

...still alive :-)

Hi my dearest visitors,

Actually just came back from my home town. Has some holidays, just fresh back my mind. After the whole week, whole month full of work, work and work! Now, i am ready to take a new challenge. So how you day? Hopefully everything is fine after shocked about the increasing of petrol price. Mmmm...have to survive lol! It is so terrible and so horror! Can't think anymore. No idea at all!